Alhamdu lillah, program Istiadat Pertabalan telah disempurnakan dengan jayanya. Terima kasih dan TAHNIAH kepada YMGU Datuk Hj Maiden bin Kadir Shah dan isteri, Datin Hjh Roznida bt Ali Omar, JK Pusat, JK Penganjur, Pembesar-pembesar Silat Cekak, tetamu-tetamu jemputan khas dan semua ahli yang telah menjayakan program yang bersejarah ini secara langsung dan tidak langsung. Juga kepada tuan-tuan yang telah mengikuti program ini secara langsung melalui 'live streaming'. Terima kasih kerana sentiasa menyokong perjuangan PSSCM. HIDUP CEKAK!